Friday, 8 November 2013

Terima Kasih Allah: Malaikat kejut waktu malam


Assalamualaikum,

Lately, aku suka google kata kata hikmah =). Okay straight to the point sangat kan? Well, itula yang aku selalu buat lepas dah habis blogwalking. Ye, aku memang suka baca blog. Macam macam jenis blog yang aku suka, banyak genre gittew..*gittew* ye kut. Sekarang ni dah trend ye kawan kawan untuk cakap gittew, taip gittew, guna gittew, katanya manja kut..heheh...boleh la kan. Manja la skit. =p

Okay sambung, haa aku suka google kata kata hikmah sebab bila aku baca kata kata hikmah/mutiara kata ni aku akan jadi semangat. Ye, itu memang akunya style, kadang kan semangat dalam diri kita kan macam down..so bila dapat baca kata kata yang best ni akan bagi motivasi pada diri. Benda paling easy yang aku rasa untuk up-kan semangat kita balik selain baca buku motivasi. Tak gittew =p!

Aku pun sama macam semua orang, in fact aku rasa kita semua manusia sama. Malas nak baca. Maybe tak semua, but mostly memang malas nak baca buku kan. Maksud malas kat sini bukan malas giler tapi malas sebab ada kerja lain lagi yang lebih penting. Itu yang aku maksudkan sebenarnya. Siapa siapa pun letih jugak nak mengadap buku lama lama and as for me kalau ikut style aku, bila aku baca, kena ambik masa yang lama. Ye, itu style aku, aku type yang baca buku kena lama sikit sebab nak bagi faham. Some baca cepat cepat pun dah boleh faham. Yang itu berbalik pada skill and anugerah aku rasa =).

And so membaca ni bila kita jadikan as our hobby di masa lapang pun dah kira okay kan =). Benda yang easy macam aku cakap tadi untuk recharge semangat kita instead of baca buku, kita boleh baca kata kata hikmah/mutiara kata, insyaAllah lebih mudah nak faham sebab dia very straight to the point.

Yang ni aku jumpa semalam masa tengah meng-google kata kata hikmah ;

Kata kata Tok Guru kita yang amat dihormati semua orang =)


bila aku baca, aku rasa benda ni memang jadi pada semua orang. Semua orang pernah terjaga malam kan. Why not kalau sekali sekala terjaga malam, kita berdoa sekejap. Itu pun, at least berdoa kalau kita rasa tak larat nak bangun untuk bertahajud, doa sekejap, insyaAllah, Allah akan makbulkan doa kita. =).

Terfikir bila terjaga malam ni satu anugerah yang Allah nak bagi pada kita. Tak semua mudah terjaga tengah malam, yang banyak tidur tak jaga langsung. So, bila terjaga, insyaAllah boleh amalkan benda yang baik ni. Remind me!

p/s : that's why i adore tok guru nik aziz ni sangat sangat! =)





Tuesday, 5 November 2013

istiqomah dalam penghijrahan


Salam Maal Hijrah.

Fasa untuk berubah dah sampai mungkin. Mungkin buku lama dah tutup, sekarang buku baru =). Hijrah kerana Allah..insyaAllah.

Kadang bila rasa sedih, bila ingat kita masih ada Allah, mak ayah, family dan kawan kawan yang sayangkan kita, sedih tu akan bertukar jadi happy balik. Ye, aku pun rasa benda yang sama. =)

Nak berubah mungkin senang. Tapi nak istiqomah tu pada aku sangatla susah! Iman kita kadang naik, kadang turun. Tak sempurna mana pun kita kalau nak kata diri kita lebih baik dari orang lain. Pada mata kita, kita la yang paling baik, kita takbuat benda yang salah, kita jaga semua tingkah laku kita, kita hormat orang tapi kita taktahu ada orang yang jauh lebih baik dari kita.

Selalu la bersangka baik dan kena selalu rasa kita ni banyak dosa so that kita takkan rasa kita sentiasa bagus.=) InsyaAllah yang baik tu semua dari Allah, dan yang buruk tu datang dari kita yang sentiasa khilaf.

Monday, 4 November 2013

2013 bakal lenyap


Dah masuk bulan november dah kan? Cepat sungguh masa berlalu..hurmm lagi sebulan lebih 2013 akan lenyap and pergi meninggalkan kita. So, banyak benda yang jadi sepanjang tahun ini. Ada yang best, ada jugak yang tak best. Apa yang aku harap sangat, setiap apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2013 bagi pengajaran yang baik pada aku. InsyaAllah.

Apa yang aku tak sabar sekarang ialah aku nak tunggu 2014. Ye, aku harap dengan tahun baru yang akan datang sebulan lebih lagi ni akan bagi aku lebih banyak perkara yang best. Kalau ada benda yang tak best pun, hopefully, benda tu will turn best jugak..hee =). Lagi aku akan lebih bersemangat nak buat banyak kebaikan..insyaAllah. Lebih berusaha baiki kehidupan so that akan jadi lebih bermakna..insyaAllah. Lebih istiqomah, kurangkan benda benda lagho ni..aisyhhh..but semua tu insyaAllah aku akan cuba. Tak cuba taktahu kan..ape ape pun yang penting semuanya mesti ke arah yang lebih baik dari ape yang aku pernah buat..=) And dah boleh mula malam ni dan esok pagi...

Awal muharam hari selasa nanti, so harapan semuanya insyaAllah akan jadi lebih baik. Azam awal muharam dan 2014 =) =) =)



p/s:ingat Allah always, insyaAllah hati akan tenang. =)


Thursday, 24 October 2013

Refresh! Hi =)


Pagi ni aku bangun macam biasa, terus mandi pastu breakfast dengan matun. Matun tidur sini sebab sekarang ni dia tengah final exam. Matun ni siapa pulak? Meh aku cerita sikit, matun ni adik kakak ipar aku, kak pipah. Sekarang ni dia tengah exam, dia belajar kat poli shah alam pastu sekali sekala balik sepang rumah abang aku which is now dah jadi rumah no2 aku..hehe. So sekarang ni aku dah boleh sangat la visit kawan kawan U aku kat area kl/selangor ni ye! InsyaAllah kalau free. InsyaAllah i will =)

Blog aku ni pun dah lama sangat tak ter-update. Malas? Eh, aku ni rajin okay..hehe tapi tula sometimes perlu pentingkan mana yang lebih penting. Bukan la aku cakap blog aku ni tak penting, dengan blog ni la aku boleh share macam macam cerita, blog ni penting untuk orang macam aku yang teringin nak share apa yang aku fikir/rasa/baca/tengok..semuala kiranya, plus penting untuk aku share apa yang aku rasa tanpa perlu ajak/paksa siapa siapa untuk dengar, hehe..kiranya siapa nak baca..bacala, siapa yang nak dengar..dengarla..macam tula. =) So blog ni memang penting bagi aku, tempat aku share ape yang aku rasa cumanya lately banyak benda sikit yang aku kena bagi lebih perhatian. =)



Untuk kali ni takde ape yang aku nak cerita sangat pun, next time aku ade cerita yang best, akanku update blog ni...cumanya harini update sebab nak refresh blog ni..bagi segar bugar sikit =)




Sunday, 22 September 2013

"In the name of Allah"


Sakit dada lagi. Kadang rasa pedih yang tak boleh nak describe macam mana. Selalu kalau jadi macam ni, mak orang yang pertama akan urut aku. Hurmmm...

Bila batuk nak harapkan ubat je memang sampai bila pun asyik depend on ubat je kan. Aku ni jenis yang tak suka makan ubat sangat. Sangat sangat la tak suka!

Now, untuk sedapkan hati, aku banyak baca doa ini, insyaAllah...Allah la penyembuh segala penyakit. I love u, my Allah <3




Saturday, 31 August 2013

Rahmat yang aku, kau, kita tak pernah tahu


Kalau hari hari asyik fikirkan masalah, memang tak akan habis kan? Kadang rasa masalah yang kita hadapi besar and tak mungkin dapat diselesaikan. Hurmmm..banyak sangat masalah yang buatkan kita rasa give up!!! Putus asa dengan semua benda. Putus asa dengan keadaan di sekeliling. Putus asa dengan itu dan ini. Putus asa sampai rasa..cukup cukup la dugaan..dah tak larat nak menanggung lagi ni. Letih, penat dengan semua benda sampai rasa dah taknak hidup! Hurmmm...



Dasyat kan dugaan yang datang pada kita sampai buatkan kita rasa kecewa, sedih, rasa macam nak menangis kuat kuat bagi satu dunia tahu yang kita ni ada masalah besar! Hurmmm...

Itula..selagi bernama manusia selagi itu tak akan dapat lari dari semua masalah. Lepas satu masalah selesai, datang lagi masalah lain. Manusia tak akan pernah bebas dari masalah. Ye...memang pun. Tapi percaya pada satu je. Allah.

Allah bagi ujian dan dugaan tu sebenarnya Allah sayangkan kita. Allah tahu yang kita mampu nak menanggung semua itu. Cumanya kita ni yang kadang tak sabar. Ye...sabar memang susah. Susah sebab sabar hanya akan ada pada hati orang yang redha dengan ketentuan Allah.

Yang pasti setiap kesulitan itu akan ada jalan penyelesaiannya. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Tugas kita hanya sabar dan tunggu rahmat yang akan datang dalam setiap ujian yang datang. Ada hikmah yang kita tak tahu. Ada rahmat yang kita tak pernah tahu. Ada rezeki yang Allah sembunyikan dulu dan beri pada masa yang terbaik untuk kita! So be happy dengan semua benda yang jadi..sebab kita bukan tanggung pun semua masalah dunia ni ye!..hehehe =)




aku, kau, kita semua pun tak pernah free dari masalah, kena always beringat yang Allah is always there. Allah akan tunjukkan the best way untuk kita. InsyaAllah. Peringatan untuk aku jugak!

Love <3





Saturday, 3 August 2013

Terima Kasih Allah : kita manusia hebat


Salam Ramadhan,

Setiap orang ada cara dan gaya masing masing. A suka putih. B suka kuning. C suka biru. Semua punya citarasa yang berbeza. Kerana apa? Kerana Allah jadikan setiap dari kita berbeza beza. Aku suka yang itu. Kau suka yang ini. Kan tak sama! Sebab apa..lagi sekali,kita punya citarasa berbeza.

Mostly kita akan copy each other sebab nampak dia sangat bagus/hebat. Kita tiru apa yang dia buat sebab dia nampak sangat hebat! Hebat pada aku adalah word yang mampu gantikan semua sifat yang positif kat dalam dunia ni. Hebatnya dia dapat pimpin negara. Hebatnya dia dapat kalahkan si itu ini. Hebatnya dia dapat award itu. Hebatnya dia ada hartanah sana sini. Hebatnya dia itu dan ini. Nampakkan sekarang betapa 'hebatnya' word hebat tu sendiri!

But still, kita sebagai manusia kena selalu ingat apa yang kita lalui tak sama dengan orang lain lalui. Jalan hidup kita berbeza beza. Allah tetapkan setiap orang punya jalan cerita yang tak sama. Jadi...

tak usah sedih kalau kita tak mampu jadi se'hebat' mereka
tak usah sedih kalau kita tak mampu punya harta benda se'hebat' mereka
tak usah sedih kalau kita tak mampu memimpin se'hebat' mereka

kerana Allah aturkan kita dengan perjalanan yang lebih hebat yang kita tak pernah jangka! Ye, Allah knows best! HE will give us the best...syukur itu kunci bahagia sebuah kehidupan =). Just my two cents!



Friday, 2 August 2013

1000 bulan =)


Salam Ramadhan,

Kita sekarang dah masuk minggu minggu terakhir sebelum berakhirnya ramadhan. Entah tahun depan masih punya kesempatan lagi menyambut ramadhan, harap harap..insyaAllah..=)

Sepuluh malam terakhir ni, apa yang paling best sekali adalah malam lailatul qadar. Ye, malam yang dijanjikan ibadat kita sekiranya dapat malam lailatul qadar, ibadat itu bersamaan dengan seribu bulan. MasyaAllah...bestnya kan...=)

Sama sama la kita banyakkan ibadat kita seperti banyakkan membaca al-quran,banyakkan zikir, solat sunat.. insyaAllah kalau diizinkan Allah kita sama sama dikurniakan keberkatan malam lailatul qadar..aminn..

(ingatan untuk diri sendiri (=...)



Sunday, 28 July 2013

Terima Kasih Allah : Kurniakan mereka

Salam Ramadhan,












kadang kadang bila datang beban yang tak mampu ditanggung, Allah hantarkan mereka untuk membantu. Mereka yang bernama sahabat/kawan/member! =)




Wednesday, 17 July 2013

mood : i heart melaka


Salam Ramadhan,

Baru je beberapa hari aku tinggalkan melaka, aku dah rindu sangat sangat! Ye, melaka dah kira macam rumah no.2 aku. Banyak kenangan kat sana. InsyaAllah kalau aku ada rezeki lagi, aku akan pergi sana. Amin..

So, sepanjang aku kat melaka, ada la..hurmm bukan ada la tapi memang banyak gambar aku ambik. Untuk tatapan aku dimasa depan, heheheh...mestila ambik banyak gambar kan,  nanti boleh la aku tengok balik and boleh cerita dengan anak2, cucu2, anak2 buah pasal melaka...yang dibawah ni gambar paling aku suka sebab masa ni aku baru sampai melaka, tahun 2010,..semua moments ni very sentimental value!


pic ni yang paling cool kut..hihi, ntah org putih tu fikir ape la kan..hehe

dari atas a famosa


ni mak n abah kite =)



masa jalan jalan ni, aku tak berapa sihat. Melaka serius sangat panas, but i managed to survive wearing sweater in hot weather! Hahah, like seriously...masa berjalan banyak n banyak sangat mata mata yang pandang aku pelik. Yela, tengah tengah panas pakai sweater, ade problem ea? hehe..

Aku demam and memang masa ni nak sangat badan aku berpeluh cepat, sebab esoknya dah kena daftar, so aku nak sihat before masuk kelas. Mungkin aku demam sebab nak kena tinggal and sedih sebab jauh dari family kut...huhu. Hurmm, everything went well. Esoknya memang aku baik demam!

p/s : dear melaka,

        hope to see u again! InsyaAllah =)



Jom menjala roti =)


Salam Ramadhan,

Sempena bulan puasa ni, aku tengah free and happy duduk rumah, sangatla harus untuk masuk ke dapur. Hehe, bukan harus dah..dah memang wajib bagi aku seorang perempuan yang akan berusia 24 tahun on this coming december. What!! December..yeah, my birthday is on december. Huhu. Memang la lambat lagi, but still bila u lahir tahun 1989, automatically u akan jadi 24! hehe tak kira awal tahun ke hujung tahun, umur kita still sama kan kan kan. *sobs*

Ok ok petang semalam, aku telah berjaya masak roti jala. Ye, roti jala yang kita boleh design sesuka hati. Kiranya boleh menjala sesuka hati. Pusing 360 darjah ikut suka hati. Nak bulat yang besar ke kecik ikut suka hati. Best kan bila buat benda ikut suka hati. Only roti jala can make you feel such feeling, hehe. Yes! You should try it at home! =p


homemade : roti jala...=)





lepas berbuka, my family sangat puas hati with my roti jala. Diorang cakap sedap. Hehe...super happy! Harusla happy bila masakan dipuji! kan kan kan =)





Tuesday, 16 July 2013

Dear girlfriends, Salam Ramadhan


Salam Ramadhan,

hiiiiiii blog kesayangan aku!!! i miss u so so so much! Seriously, dah lama sangat aku tak update blog, huhu. Sedih okay. Bukan malas atau taknak update tapi kekangan masa yang buatkan aku tak ter-update blog skas. Ok ok..disebabkan dah lama tak update blog, aku pun dah semakin hilang idea dah..haha. Nak update ape? Aku pun taktahu. Heheh, tapi hati nak update. So, untuk entri ini, aku mulakan dengan gambar la dulu ea..



with the happy girls of 8F=)



dear girlfriends, thanks for loving me! huhu



gambar ni semua dari farewell party with my mentor, Puan Siti Fatimah. She's a lovely lecturer, mom and mentor for us. Sangat caring and loving.Sayaaaaaang semua!!!


Saturday, 15 June 2013

Kenapa Dia Yang Aku Cinta


Soal hati sangat susah nak mengerti kan??? Kadang kita selalu tanya pada diri kita, tanya pada hati kita, apa yang kita nak???  Banyak benda yang kita fikirkan, sampai kita sendiri takde jawapannya. Mungkin bukan masanya lagi. Ye, bukan masanya lagi. Sebab kita memang yakin Tuhan akan berikan sesuatu yang baik itu pada masa yang sesuai dan di tempat yang betul. 

Hurmmm, walaupun ada cinta yang datang, tapi hati kita masih menolak. Sebab apa? Mungkin bukan masanya. Ye, bukan masanya lagi. kita tanya lagi pada hati kita. Bila lagi? Hati kita jawab " takpe, sekejap je lagi "..sebab, kita masih tak mampu nampak jalan yang ada kalau kita terima cinta yang datang. Mungkin belum bersedia. Ye, belum sedia lagi.



Bila dia datang, satu perasan yang susah nak digambarkan. Ye, susah! Mungkin cinta ini, cinta yang kita tunggu.. =). Dalam banyak cinta yang datang, kenapa cintanya yang kita nak?Takde jawapan untuk soalan itu. Apa yang kita boleh katakan, hati kecil kita tak boleh menipu tentang cinta ini.




P/S : i love u



Sunday, 5 May 2013

pilihlah yang terbaik



Asslamualaikum.....
 dah pukul 12:15 malam dah sekarang ni. Minggu ni macam biasa, aku balik rumah untuk menunaikan tanggungjawab as a Malaysian. Yeah, tomorrow is a general election day. So any Malaysian citizens above 21 years old are eligible to vote on general election day. So, apa kau tunggu lagi, esok jom pergi mengundi ye!!!


To tell you my skasblog, this is my first time voting la. Me, very excited and dah decide kut ape i should wear for the special day. Haha, crazy kan! Oh, i know that we shouldn't wear baju yang melambangkan mana mana parti. So, i think i'll go for black! Yes, black...hehe...hitam warna selamat what!


vintage n vote can be together =p..





Monday, 22 April 2013

random things


Assalamualaikum and hi,

Sejak balik rumah+bercuti seminggu+tido lena+makan+tengok tv....dapat la meng-update blog skasstory ni. Anyway, im on my mid-term break. Yeayyy, free from assignments. Tak jugak sebab aku balik rumah pun buku menemaniku okay. =(

But still rase happy sebab free from packed classes. I dah macam zombie on Wednesday and Thursday. Mula 8.30 am till 6.30 pm, the classes memang on. Of course there's a break time masa tengah waktu. Kalau tak, hurmm pengsan! LOL..


me with my happy housemate, efi


till then, much love from me to you..hugs =)


Saturday, 20 April 2013

Assalamualaikum April


sebulan lebih aku tak buka blog. Busy? Well, aku memang busy pun..haha. Takde la, busy aku sama macam manusia lain..hihihi

Banyak sangat benda yang happened to me last month. You know, ups and downs, but still I managed to get through all the messy things! Letih sangat.. =(

And one more thing, i ada cerita nak share here...hehe. Hurmm, buat masa ni, rasanya macam tak nak cerita kat sini lagi but later i think i'll share it to you. Super happy sebenarnya. =) + =)..it's all about love! Hehe.....





Monday, 25 February 2013

a monday reminder for us all..hee


Happy Monday morning, eating breakfast while watching tv. Benda paling best! I woke up early in this morning. It's holiday. Yeah, takde la holiday pergi bercuti, still kat rumah lagi. I can say that the feeling of escaping from the assignments/semester is just like holiday. *suka hati mood cuti memanjang*


Hurmm, my plan harini kalau tak hujan nak pergi jalan jalan cari makan. By the way darling, look at the cute reminder below,


a reminder for us all =)




selamat malam



selalunya kalau time macam ni aku dah prepare nak tido, hehe. Tapi malam ni tak rasa mengantuk pulak. So online dulu before tido..

Sekadar renungan bersama,




till later, nite =)


Thursday, 21 February 2013

you + lucky = i am jealous =)



my friends banyak yang dah kahwin. Hurmm, best kan diorang. Yela, bila dah kahwin, diorang dah boleh keluar dengan husband diorang sama sama. Pergi mana mana pun bersama. Orang pun takde la cakap cakap yang tak elok kan. Bestnya dapat kahwin!


Tahun 2012, semakin berkurang kawan kawan aku yang single! Rasanya sepuluh my friends yang kahwin last year and i only managed to attend three out of ten. Yeah, tak sampai half pun kan...huhu, this year, dua orang bertunang and i dapat rasa that diorang akan langsung wedding at the end of this year. By the way for those who marry in the early twenties you all memang very lucky.Sangat bertuah, i get jealous on you. Jealousy, yeah jelez yang positif. People say that jealousy itu satu tanda that you love the person kan.. =)



                                                                                 credit : google





Bubur 'Asyura


Semalam, aku, adik, mak dan mak tok bergotong royong buat bubur asyura. Hurmm, sebenarnya bubur 'asyura ni basically orang akan buat masa sambutan maulud nabi Muhammad S.A.W. Tapi masa maulid nabi haritu, my family tak buat, so yesterday we all pakat pakat buat and distributed to jiran tetangga.


                                                                masa mula kacau bubur


                                         mak tengah kacau bubur, berasap asap sampai pedih mata




                                                          adik tengah fokus kacau bubur
 



                                                                    bubur dah hampir siap




best sebenarnya dapat masak sama sama. Moment macam ni memang susah nak dapat, so kena appreciate setiap masa bersama family tercinta =).


                                                       inila hasilnya, bubur 'asyura! jemput makan



Monday, 18 February 2013

apa kata hati



hati kita tak boleh menipu kan? hurmm...


                          for those who loves and being loved..family.friends.future husband (haha)



Sunday, 17 February 2013

nak makan pizza


pizza oo pizza dah lama sangat aku tak makan nih..hurmmm nak pergi beli malas pulak. Bila la aku dapat makan lagi pizza nih..




nampaknya kena la tunggu kakak aku, hurmm hujung bulan nih mungkin?  hehe



Wednesday, 13 February 2013

sudah sudah la berangan


Sementara menunggu cuti yang akan berakhir hujung bulan ni, aku menghabiskan masa dengan buat kerja yang separuh faedah...haha, yeah, bersosial bersama rakan rakan di internet atau lebih senang ber-facebooking, chatting and gossiping. Ooh, indahnya donn-nii-aa!!


Well, dalam buat kerja yang separuh faedah tu, aku jugak isi masa masa dan minit minit yang membosankan dengan membaca buku yang aku minat. Hurmm, bukanla nak cakap aku ni ulat buku ke minah buku ke, hihi...tapi reality is reality. Bukan la perlu baca berjam jam sampai tak buat apa apa dah, cukup 30 minit..*ehemehem mcm pakar pulak dah* ..

Aku lebih suka baca buku yang more to diri/hidup/orang lain. Senang cakap tentang motivasi hidup manusia. Okay, definitely not novel cinta la kan. Aku memang say no to novel cintan cintun kecuali hlovate's novel. Tapi cerita hlovate tu aku dah habis baca dah sekian lama dan bertahun tahun dahulu. So, kenala cari benda lain yang nak dibaca.


Off topic :

Satu lagi, drama adam hawa kat astro mustika tu akan mula ditayangkan again on astro ria/astro prima if im not mistaken. My friend memang crazily in love with the story and she told me not to miss the drama since astro nak tayang lagi cerita itu. Ohh..sorry, i'm not into aaron aziz, haha *marah fan aaron aziz =p*


Let me on the topic back :

I know the drama is adaptasi dari novel yang famous. Masa zaman sekolah, novel tu memang famous among us. Yeah, zaman zaman novel and masa tu, i only love hlovate's novel. Jadi sekiranya ada adaptasi cerita/drama/filem dari novel cinta, tak dapatla nak tarik minat aku nak tengok..hehe. 


Pernah dulu aku tengok satu drama adaptasi novel, hurrmm tak best langsung. Mungkin director salah pilih pelakon kot, terus sampai sekarang tak minat cerita yang diadaptasi..okay memang bias,haha. Novel is novel. Drama is drama. Both are different! Cerita cinta dalam novel macam cerita magik yang tak logik dan realiti kehidupan lebih dari tu. Aku tak setuju dengan kata orang yang cakap cerita novel adalah sama macam real life. Once again, it's totally different!


Maybe aku tak ada hujah yang solid untuk buktikan that the real life is different from what novelists imagine in their novel but i do stand by my principle that both things cannot go along. Yeah CANNOT. Like seriously mana boleh sama!



p/s: in novel, love will come to you magically *tak masuk akal* but


                            Yeah, the reality is you need to be a princess if you want a prince. Full stop!




Friday, 8 February 2013

Getaway : Langkawi


Hi and Assalamualaikum = )
tonight, let pictures do the talking..










mak syg n my adik!




alhamdulillah, everything went well as planned. Hurmm, hopefully dapat pergi lagi next time =)




Friday, 1 February 2013

i got a green light

 
I've decided one place for a holiday and..and my abah dah bagi green light for me to go there. The place is an awesome island. Yeah, i'll be going to Pulau Langkawi! So, Langkawi wait for me huh, i'll visit you on this coming sunday, insyaAllah. Hopefully, everything is going well. Can't wait to see you, Langkawi! Haha


I remember the last time i visited Langkawi when i was in secondary school. Itupun, ikut my school trip..heheh. It's okay la, at least i've ever been there kan. Till then,big hug and Assalamualaikum.

Thursday, 31 January 2013

double happy!


Assalamualaikum and hi my dear skasblog, readers (hurmm hopefully the readers are there =p)....

today is the last day of my practical training. I.a.m.v.e.r.y.h.a.p.p.y.


Actually, rasa jugak a bit sad to leave the practical place. Hurmm, tapi kena jugak la kan sebab masa dah sampai, 6 bulan. I  have to angkat kaki and say a goodbye to the place, the boss, the staffs, the table and the chair also. 


Thank you so much to my boss for giving me opportunity to gain experience there.
InsyaAllah, we'll meet again. =).



                                    i got a lovely present from the boss  =), double,triple happy...haha



Sunday, 20 January 2013

Alhamdulillah, syukur



Mood happy.
 Masih boleh bernafas di bumi Allah yang menakjubkan. 
Alhamdulillah. Syukur pada Allah.
Harapanku agar setiap hari diberkatiMU.
Mudah mudahan hidupku penuh sakinah, mawaddah dan rahmah.
Amin.





Thursday, 17 January 2013

sahabat selamanya


marilah mula menaip blog sesudah berhenti beberapa hari yang lalu. =p

okay,hurmm, bila berkawan tak semestinya kena selalu bersama kan? Kekangan masa yang membuatkan kita jauh antara satu sama lain. Dia di sana, kita pulak di sini. Pagi dia sibuk, petang pulak kita sibuk. Tapi dengan dunia yang penuh canggih sekarang ni, masa bukan lagi alasan kita. Jarak yang jauh boleh jadi dekat. And....i really appreciate my friendship. I do care for people around me.Yes, i love them coz they're in my second ranking. Of course, my family is paling highest rankingnya....hurmm, imagine that one day your family is not around. You still have your kawan kawan kan =)

                                                                                             ............







Wednesday, 9 January 2013

senang memaafkan, tak senang melupakan



Bila berada dalam situasi dimana kita perlu memaafkan seseorang yang pernah menyakitkan hati kita, satu perkara yang susah untuk kita lupakan ialah melupakan semua perkara yang pernah menyakitkan hati kita.


hurmm, bukan senang untuk memaafkan apatah lagi nak melupakan. Mungkin juga senang memaafkan tapi tak mungkin senang untuk melupakan.


tapi dengan kemaafan itulah yang akan membuatkan kita terus hidup bahagia. Maafkanlah orang yang buat silap pada kita walaupun sukar kita nak melupakannya. Dengan maaf itulah akan mengubat segala kesedihan yang kita alami walaupun kita akan ambil masa yang lama untuk melupakannya.


                                    ......................................................................................



hidup pada aku, cukup singkat untuk rasa sedih.

Biar ditinggalkan, kerana ada yang lebih baik akan datang,
Biar dibenci, kerana ada yang lebih menyayangi, 

                                                       - khairunnisa@skasstory


Saturday, 5 January 2013

Happy New Year!


Happy New Year 2013,

Hopefully, this year will be an amazing year!

- remind myself that to never give up hope on myself =)