Saturday, 3 August 2013

Terima Kasih Allah : kita manusia hebat


Salam Ramadhan,

Setiap orang ada cara dan gaya masing masing. A suka putih. B suka kuning. C suka biru. Semua punya citarasa yang berbeza. Kerana apa? Kerana Allah jadikan setiap dari kita berbeza beza. Aku suka yang itu. Kau suka yang ini. Kan tak sama! Sebab apa..lagi sekali,kita punya citarasa berbeza.

Mostly kita akan copy each other sebab nampak dia sangat bagus/hebat. Kita tiru apa yang dia buat sebab dia nampak sangat hebat! Hebat pada aku adalah word yang mampu gantikan semua sifat yang positif kat dalam dunia ni. Hebatnya dia dapat pimpin negara. Hebatnya dia dapat kalahkan si itu ini. Hebatnya dia dapat award itu. Hebatnya dia ada hartanah sana sini. Hebatnya dia itu dan ini. Nampakkan sekarang betapa 'hebatnya' word hebat tu sendiri!

But still, kita sebagai manusia kena selalu ingat apa yang kita lalui tak sama dengan orang lain lalui. Jalan hidup kita berbeza beza. Allah tetapkan setiap orang punya jalan cerita yang tak sama. Jadi...

tak usah sedih kalau kita tak mampu jadi se'hebat' mereka
tak usah sedih kalau kita tak mampu punya harta benda se'hebat' mereka
tak usah sedih kalau kita tak mampu memimpin se'hebat' mereka

kerana Allah aturkan kita dengan perjalanan yang lebih hebat yang kita tak pernah jangka! Ye, Allah knows best! HE will give us the best...syukur itu kunci bahagia sebuah kehidupan =). Just my two cents!



4 comments: