Friday, 8 November 2013

Terima Kasih Allah: Malaikat kejut waktu malam


Assalamualaikum,

Lately, aku suka google kata kata hikmah =). Okay straight to the point sangat kan? Well, itula yang aku selalu buat lepas dah habis blogwalking. Ye, aku memang suka baca blog. Macam macam jenis blog yang aku suka, banyak genre gittew..*gittew* ye kut. Sekarang ni dah trend ye kawan kawan untuk cakap gittew, taip gittew, guna gittew, katanya manja kut..heheh...boleh la kan. Manja la skit. =p

Okay sambung, haa aku suka google kata kata hikmah sebab bila aku baca kata kata hikmah/mutiara kata ni aku akan jadi semangat. Ye, itu memang akunya style, kadang kan semangat dalam diri kita kan macam down..so bila dapat baca kata kata yang best ni akan bagi motivasi pada diri. Benda paling easy yang aku rasa untuk up-kan semangat kita balik selain baca buku motivasi. Tak gittew =p!

Aku pun sama macam semua orang, in fact aku rasa kita semua manusia sama. Malas nak baca. Maybe tak semua, but mostly memang malas nak baca buku kan. Maksud malas kat sini bukan malas giler tapi malas sebab ada kerja lain lagi yang lebih penting. Itu yang aku maksudkan sebenarnya. Siapa siapa pun letih jugak nak mengadap buku lama lama and as for me kalau ikut style aku, bila aku baca, kena ambik masa yang lama. Ye, itu style aku, aku type yang baca buku kena lama sikit sebab nak bagi faham. Some baca cepat cepat pun dah boleh faham. Yang itu berbalik pada skill and anugerah aku rasa =).

And so membaca ni bila kita jadikan as our hobby di masa lapang pun dah kira okay kan =). Benda yang easy macam aku cakap tadi untuk recharge semangat kita instead of baca buku, kita boleh baca kata kata hikmah/mutiara kata, insyaAllah lebih mudah nak faham sebab dia very straight to the point.

Yang ni aku jumpa semalam masa tengah meng-google kata kata hikmah ;

Kata kata Tok Guru kita yang amat dihormati semua orang =)


bila aku baca, aku rasa benda ni memang jadi pada semua orang. Semua orang pernah terjaga malam kan. Why not kalau sekali sekala terjaga malam, kita berdoa sekejap. Itu pun, at least berdoa kalau kita rasa tak larat nak bangun untuk bertahajud, doa sekejap, insyaAllah, Allah akan makbulkan doa kita. =).

Terfikir bila terjaga malam ni satu anugerah yang Allah nak bagi pada kita. Tak semua mudah terjaga tengah malam, yang banyak tidur tak jaga langsung. So, bila terjaga, insyaAllah boleh amalkan benda yang baik ni. Remind me!

p/s : that's why i adore tok guru nik aziz ni sangat sangat! =)





Tuesday, 5 November 2013

istiqomah dalam penghijrahan


Salam Maal Hijrah.

Fasa untuk berubah dah sampai mungkin. Mungkin buku lama dah tutup, sekarang buku baru =). Hijrah kerana Allah..insyaAllah.

Kadang bila rasa sedih, bila ingat kita masih ada Allah, mak ayah, family dan kawan kawan yang sayangkan kita, sedih tu akan bertukar jadi happy balik. Ye, aku pun rasa benda yang sama. =)

Nak berubah mungkin senang. Tapi nak istiqomah tu pada aku sangatla susah! Iman kita kadang naik, kadang turun. Tak sempurna mana pun kita kalau nak kata diri kita lebih baik dari orang lain. Pada mata kita, kita la yang paling baik, kita takbuat benda yang salah, kita jaga semua tingkah laku kita, kita hormat orang tapi kita taktahu ada orang yang jauh lebih baik dari kita.

Selalu la bersangka baik dan kena selalu rasa kita ni banyak dosa so that kita takkan rasa kita sentiasa bagus.=) InsyaAllah yang baik tu semua dari Allah, dan yang buruk tu datang dari kita yang sentiasa khilaf.

Monday, 4 November 2013

2013 bakal lenyap


Dah masuk bulan november dah kan? Cepat sungguh masa berlalu..hurmm lagi sebulan lebih 2013 akan lenyap and pergi meninggalkan kita. So, banyak benda yang jadi sepanjang tahun ini. Ada yang best, ada jugak yang tak best. Apa yang aku harap sangat, setiap apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2013 bagi pengajaran yang baik pada aku. InsyaAllah.

Apa yang aku tak sabar sekarang ialah aku nak tunggu 2014. Ye, aku harap dengan tahun baru yang akan datang sebulan lebih lagi ni akan bagi aku lebih banyak perkara yang best. Kalau ada benda yang tak best pun, hopefully, benda tu will turn best jugak..hee =). Lagi aku akan lebih bersemangat nak buat banyak kebaikan..insyaAllah. Lebih berusaha baiki kehidupan so that akan jadi lebih bermakna..insyaAllah. Lebih istiqomah, kurangkan benda benda lagho ni..aisyhhh..but semua tu insyaAllah aku akan cuba. Tak cuba taktahu kan..ape ape pun yang penting semuanya mesti ke arah yang lebih baik dari ape yang aku pernah buat..=) And dah boleh mula malam ni dan esok pagi...

Awal muharam hari selasa nanti, so harapan semuanya insyaAllah akan jadi lebih baik. Azam awal muharam dan 2014 =) =) =)



p/s:ingat Allah always, insyaAllah hati akan tenang. =)