Friday, 5 October 2012

Part 2

Masih ingat dengan entri ini? Dah lama aku nak post entri kali ni, tapi disebabkan kelajuan internet kadang kadang o.k kadang kadang k.o terpaksalah pending. Ye, pending yang lama. Ada gambar yang sempat upload kalau internet laju. Kalau slow, memang tak dapatla nak upload. So, entri ni memang ada dalam draf dah beberapa purnama + berbulan bulan kawan-kawan..t_t

Jom mulakan perjalanan anda di USS,saya sebagai pemandu pelancong anda menasihati anda agar jangan terlalu teruja hanya dengan tengok gambar- gambar yang gempak kat sini. Silalah pergi dan alami sendiri keterujaan sebenar di sana ye =)..cewahh!



 perjalanan aku bermula disini, USS, gambar ini aku tak ingat dah amik dimana. *lupa* tapi yang penting pintu gerbang tu..Universal Studio =)

globe yang besar ni adalah penyambut tetamu kepada mereka yang datang ke USS. Adalah menjadi satu kewajipan kepada semua yang datang melawat ke USS ni, amik gambar kat sini. Aku pun amik jugak gambar kat sini. Teruja tengok globe besau!



yang tengah 'peace' tu classmate aku, kat sana penuh dengan foreigner,singaporean,malaysian jugak. Kalau nampak yang bertudung, tak semestinya dari malaysia. Kebanyakan dari indonesia. Malaysian pun aku rasa ramai yang chinese masa aku pergi tu. Aku pergi masa weekend hari sabtu so masa tu aku jumpa orang-orang yang sedemikian. Kalau sesiapa yang pergi masa public holidays, aku rasa boleh kot jumpa orang malaysia.melayu dalam jumlah yang ramai =) Yeah, Malaysiaku!






lepas bergambar, tempat pertama yang aku pergi ialah 'Pengembaraan Madagascar'.Lebih kurangla. Sebabnya kita boleh tengok watak watak kartun dalam filem tu. Kita akan dengar musik,dialog-dialog dalam cerita ni. Belayar sambil dengar penceritaan Madagascar.

Masa aku snap gambar-gambar ni, memang terhoyong-hayang, sebabnya kita umpama belayar di lautan..hmm macam dalam madagascar.

Semua orang masa belayar ni, naik tangan ke atas, pakat pakat nak amik gambar. Aku yang kat belakang diorang terpaksala gerak kanan kiri,pusing sana sini nak tangkap gambar binatang2 ni. Banyak gambar sebenarnya yang aku amik, tapi sayangnya penuh dengan kepala manusia. Nasibla aku duduk kat belakang.
So,dekat tempat ni, kesimpulannya dudukla di depan ye.

Lagi satu sebelum masuk ke tempat ni, pihak USS akan letak signboard duration berapa lama kena tunggu untuk naik.What?? Kena BERATUR ye. Masa aku pergi ni, kena tunggu 15 minit =)..tak sia sia tunggu..




habis belayar, aku pergi ke destinasi kedua iaitu jurassic park. Yang dinasour banyak banyak tu. Dekat sini, aku naik ala-ala terbang. Nampak tak ada macam landasan dekat atas tu. huhu. Dekat sini, masa menunggu adalah paling lama sekali..30 minit.Panjang sungguh. Bersimpang siur orang beratur nak naik benda ni. Sesiapa yang ada tiket express USS memang untungla. Sebab apa? Mereka mereka ni boleh potong barisan kau. Padan muka, kenapa tak beli express tiket!

Dinasour hijau tu ada dekat depan jurassic park. Kalau rasa rasa panas tu, bolehla mandi manda kat situ. FYI, masa aku pergi sana cuaca panas terik!!! Terik sehinggakan balik dari USS, muka jadi merah sebab panas. Cuaca sana kan sama macam di malaysia. Maybe, masa aku pergi, cuaca panas terik. Boleh, kalau nak main main air kat situ sebabnya aku ada nampak sepasang suami isteri bersama dengan 2 orang anak yang bersekolah rendah*aku rasa*, mereka tangkap gambar dekat dalam air tu.

Dekat bandar mumia pulak, jangan lupa untuk masuk dalam rumah mumia tu, dalam tu ada roller coaster tahu tak? Ala-ala roller coaster la. Tempat kat dalam tu memang gelap giler. Sepanjang perjalanan nak sampai ke benda yang aku panggil roller tu,macam macam bunyi kita dengar. Rasa macam masuk alam purba kala. Zaman mumia.

Benda tu akan buat kita pusing pusing banyak kali sampai kau rasa takut nak buka mata. Yelah, buka mata pun takkan nampak apa-apa sebab gelap. Kali pertama naik,aku pejam langsung tak buka mata. Second time naik,aku dah jadi berani. FYI,aku yang penakut ni naik dua kali sebab nak investigate apa benda yang bawak aku pusing pusing tadi.HAHA.

So bila datang sini, naik banyak kali bagi puas hati. =)



 sekarang sampai di Sci Fi City,bandar transformer. Rasa macam di hollywood dah. Dekat sini, paling ramai orang amik gambar. Bumblebee keluar kot. Semua orang sanggup beratur panjang nak tangkap gambar sekali dengan dia. Dia keluar 20 minit/30 minit sekali je tau. Nanti tukar transformer lain pulak.

Di bandar ni, jatuh ranking no.2 aku di USS. Ada benda pusing pusing jugak kat sini. Aku naik 2 kali benda ni!..Pengalaman naik benda tu, sangat best sebab dapat rasa panas kena peluru machine gun dari transformer..hehe..



bila penat berjalan, mestila isi perut yang dah lapar ni. Aku makan di restaurant malaysia foods..dekat sini, macam macam ada. TAPI mostly makanan kat sini makanan orang cina. Ada 2,3 kedai makan yang berunsur kemelayuan..ewaahh..ada nasi kandar,roti canai and nasi lemak. Tengok dekat USS pun boleh makan nasi kandaq!

Masa aku pergi makan roti canai je..huhu, aku simpan duit nak beli fridge magnet USS tau. Aku convert duit pun sikit jer sebab matlamat utama aku bukan nak makan tapi nak pergi USS,melawat semua yang ada kat sini.      *sejukkan hati padahal aku balik johor makan nasi goreng pattaya pukul 1 pagi*. Lapar dan penat!

Okay sambung, roti canai 2 keping yang aku makan berharga 2.56 dolar kalau aku tak silapla, duit malaysia dalam rm6.++. Restaurant ni besar...dia gabungkan semua jenis makanan kat sini. Sesiapa yang nak makan kat sini kena keluar berjalan dari USS. Dekat je, kiranya berdepan dengan area beli tiket kat luar USS.



 gambar atas sebelah kiri tu, tempat yang paling best sekali!  Ranking aku no.1 kat situ. It was a roller coaster,my dear. Ada 2 jenis, satu versi human. satu lagi versi robot. Now, choose nak naik yang mana. Aku yang penakut ni, naik dua dua.

Masa nak naik tu, tetiba rasa pening kepalala,nak pitam ,semua ada. Tambah-tambah lagi dekat entrance roller coaster tu siap ada tulis lagi. WARNING. Amaran kepada bakal bakal orang yang nak naik. Ibu mengandung,rasa mual, pening etc. Tak digalakkan naik. Sebabnya..terlalu ekstrem!!! Yang dekat genting tu umpama 1/4 saja tau dari roller coaster disini.

First sekali,aku naik human. Taraf human.manusia nak pergi berlawan dengan robot. Human ni laju. Tahap dia memang lajula. Masa dia bertolak, kita rasa slow.slow.pastu laju kena percikan air.. nak bukak mata pun takut!  Second, aku naik level robot! Ni yang best sekali, dia buat kita rasa tunggang terbalik. Dunia kat bawah! Turun turun, rasa pening. Memang pengsan.=p

Gambar lain, di tempat Hollywood. Kat sini boleh jumpa Marilyn Monroe, Panda gemuk, Batman, Joker pun ada..macam macam la kat sini.



satu lagi tempat yang aku pergi, ada jual baju hujan dekat situ. Tak ingat dah. Sebabnya, kalau naik bulatan tu, memang basah habis baju. Kami tak beli pun baju hujan tu. Beratur.naik.basah.pastu boleh keringkan dekat tempat yang disediakan. =)

Okay, setakat tu sajalah pengalaman aku di USS yang aku nak cerita. Ni entri paling panjang aku pernah post.=p. Well,best dapat pergi sana dengan kawan kawan. Lagi best bila dapat pergi dengan family kan. =)

Lepas ni,dalam perancangan nak pergi Legoland =)..




No comments:

Post a Comment