Sunday, 30 September 2012

......

Aku rakyat,
Kau pemimpin,
Aku tahu aku dipimpin,
Kau tahu kau memimpin,
Pemimpin punya suara,
Rakyat juga punya suara,
Dua-dua boleh lontar kata-kata,
Bila kuasa pemimpin rakyat tak rela..jadi huru-hara,
Rakyat ini miliki satu cerita,
Tentang pemimpinnya,
Sedih rakyat ini terasa,
Akan pemimpinnya juga
Hari bersilih ganti,
Rakyat minta janji ditepati,
Pemimpin kata sabar lagi,
Heboh pula cerita rakyat tak kenang budi
Cerita budi rakyat beri idea begitu begini,
Pemimpin pandang tolak tepi,
Rakyat adu itu ini tapi tak dipeduli,
Dibiarnya rakyat rasa sedih sekali
Terkilan rakyat minta pemimpin undur diri,
Beri peluang rakyat lain tonjolkan diri,
Bukan bermakna rakyat membenci,
Cuma selindung kasar dalam kata ‘ kami mahu pengganti’
Rakyat  ini ada timbang rasanya,
Rakyat ini hanya mahu rasa aman sejahtera,
Mahu ingatkan pemimpin akan amanah kerja,
Mana tahu pemimpin terlupa
Amanah milik pemimpin kita,
Harus pegang genggam kuat selama berkuasa,
Jaga kebajikan rakyat sentiasa,
Korban tenaga wang ringgit dan masa
Jika pemimpin ikhlas memimpin rakyatnya,
Rakyat ini juga perlu ikhlas dipimpin juga,
Gagal kita gagal bersama,
Salahkan diri...bukan sesiapa


-Aku


No comments:

Post a Comment