Tuesday, 5 November 2013

istiqomah dalam penghijrahan


Salam Maal Hijrah.

Fasa untuk berubah dah sampai mungkin. Mungkin buku lama dah tutup, sekarang buku baru =). Hijrah kerana Allah..insyaAllah.

Kadang bila rasa sedih, bila ingat kita masih ada Allah, mak ayah, family dan kawan kawan yang sayangkan kita, sedih tu akan bertukar jadi happy balik. Ye, aku pun rasa benda yang sama. =)

Nak berubah mungkin senang. Tapi nak istiqomah tu pada aku sangatla susah! Iman kita kadang naik, kadang turun. Tak sempurna mana pun kita kalau nak kata diri kita lebih baik dari orang lain. Pada mata kita, kita la yang paling baik, kita takbuat benda yang salah, kita jaga semua tingkah laku kita, kita hormat orang tapi kita taktahu ada orang yang jauh lebih baik dari kita.

Selalu la bersangka baik dan kena selalu rasa kita ni banyak dosa so that kita takkan rasa kita sentiasa bagus.=) InsyaAllah yang baik tu semua dari Allah, dan yang buruk tu datang dari kita yang sentiasa khilaf.

Monday, 4 November 2013

2013 bakal lenyap


Dah masuk bulan november dah kan? Cepat sungguh masa berlalu..hurmm lagi sebulan lebih 2013 akan lenyap and pergi meninggalkan kita. So, banyak benda yang jadi sepanjang tahun ini. Ada yang best, ada jugak yang tak best. Apa yang aku harap sangat, setiap apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2013 bagi pengajaran yang baik pada aku. InsyaAllah.

Apa yang aku tak sabar sekarang ialah aku nak tunggu 2014. Ye, aku harap dengan tahun baru yang akan datang sebulan lebih lagi ni akan bagi aku lebih banyak perkara yang best. Kalau ada benda yang tak best pun, hopefully, benda tu will turn best jugak..hee =). Lagi aku akan lebih bersemangat nak buat banyak kebaikan..insyaAllah. Lebih berusaha baiki kehidupan so that akan jadi lebih bermakna..insyaAllah. Lebih istiqomah, kurangkan benda benda lagho ni..aisyhhh..but semua tu insyaAllah aku akan cuba. Tak cuba taktahu kan..ape ape pun yang penting semuanya mesti ke arah yang lebih baik dari ape yang aku pernah buat..=) And dah boleh mula malam ni dan esok pagi...

Awal muharam hari selasa nanti, so harapan semuanya insyaAllah akan jadi lebih baik. Azam awal muharam dan 2014 =) =) =)



p/s:ingat Allah always, insyaAllah hati akan tenang. =)


Thursday, 24 October 2013

Refresh! Hi =)


Pagi ni aku bangun macam biasa, terus mandi pastu breakfast dengan matun. Matun tidur sini sebab sekarang ni dia tengah final exam. Matun ni siapa pulak? Meh aku cerita sikit, matun ni adik kakak ipar aku, kak pipah. Sekarang ni dia tengah exam, dia belajar kat poli shah alam pastu sekali sekala balik sepang rumah abang aku which is now dah jadi rumah no2 aku..hehe. So sekarang ni aku dah boleh sangat la visit kawan kawan U aku kat area kl/selangor ni ye! InsyaAllah kalau free. InsyaAllah i will =)

Blog aku ni pun dah lama sangat tak ter-update. Malas? Eh, aku ni rajin okay..hehe tapi tula sometimes perlu pentingkan mana yang lebih penting. Bukan la aku cakap blog aku ni tak penting, dengan blog ni la aku boleh share macam macam cerita, blog ni penting untuk orang macam aku yang teringin nak share apa yang aku fikir/rasa/baca/tengok..semuala kiranya, plus penting untuk aku share apa yang aku rasa tanpa perlu ajak/paksa siapa siapa untuk dengar, hehe..kiranya siapa nak baca..bacala, siapa yang nak dengar..dengarla..macam tula. =) So blog ni memang penting bagi aku, tempat aku share ape yang aku rasa cumanya lately banyak benda sikit yang aku kena bagi lebih perhatian. =)



Untuk kali ni takde ape yang aku nak cerita sangat pun, next time aku ade cerita yang best, akanku update blog ni...cumanya harini update sebab nak refresh blog ni..bagi segar bugar sikit =)




Sunday, 22 September 2013

"In the name of Allah"


Sakit dada lagi. Kadang rasa pedih yang tak boleh nak describe macam mana. Selalu kalau jadi macam ni, mak orang yang pertama akan urut aku. Hurmmm...

Bila batuk nak harapkan ubat je memang sampai bila pun asyik depend on ubat je kan. Aku ni jenis yang tak suka makan ubat sangat. Sangat sangat la tak suka!

Now, untuk sedapkan hati, aku banyak baca doa ini, insyaAllah...Allah la penyembuh segala penyakit. I love u, my Allah <3




Saturday, 31 August 2013

Rahmat yang aku, kau, kita tak pernah tahu


Kalau hari hari asyik fikirkan masalah, memang tak akan habis kan? Kadang rasa masalah yang kita hadapi besar and tak mungkin dapat diselesaikan. Hurmmm..banyak sangat masalah yang buatkan kita rasa give up!!! Putus asa dengan semua benda. Putus asa dengan keadaan di sekeliling. Putus asa dengan itu dan ini. Putus asa sampai rasa..cukup cukup la dugaan..dah tak larat nak menanggung lagi ni. Letih, penat dengan semua benda sampai rasa dah taknak hidup! Hurmmm...



Dasyat kan dugaan yang datang pada kita sampai buatkan kita rasa kecewa, sedih, rasa macam nak menangis kuat kuat bagi satu dunia tahu yang kita ni ada masalah besar! Hurmmm...

Itula..selagi bernama manusia selagi itu tak akan dapat lari dari semua masalah. Lepas satu masalah selesai, datang lagi masalah lain. Manusia tak akan pernah bebas dari masalah. Ye...memang pun. Tapi percaya pada satu je. Allah.

Allah bagi ujian dan dugaan tu sebenarnya Allah sayangkan kita. Allah tahu yang kita mampu nak menanggung semua itu. Cumanya kita ni yang kadang tak sabar. Ye...sabar memang susah. Susah sebab sabar hanya akan ada pada hati orang yang redha dengan ketentuan Allah.

Yang pasti setiap kesulitan itu akan ada jalan penyelesaiannya. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Tugas kita hanya sabar dan tunggu rahmat yang akan datang dalam setiap ujian yang datang. Ada hikmah yang kita tak tahu. Ada rahmat yang kita tak pernah tahu. Ada rezeki yang Allah sembunyikan dulu dan beri pada masa yang terbaik untuk kita! So be happy dengan semua benda yang jadi..sebab kita bukan tanggung pun semua masalah dunia ni ye!..hehehe =)




aku, kau, kita semua pun tak pernah free dari masalah, kena always beringat yang Allah is always there. Allah akan tunjukkan the best way untuk kita. InsyaAllah. Peringatan untuk aku jugak!

Love <3





Saturday, 3 August 2013

Terima Kasih Allah : kita manusia hebat


Salam Ramadhan,

Setiap orang ada cara dan gaya masing masing. A suka putih. B suka kuning. C suka biru. Semua punya citarasa yang berbeza. Kerana apa? Kerana Allah jadikan setiap dari kita berbeza beza. Aku suka yang itu. Kau suka yang ini. Kan tak sama! Sebab apa..lagi sekali,kita punya citarasa berbeza.

Mostly kita akan copy each other sebab nampak dia sangat bagus/hebat. Kita tiru apa yang dia buat sebab dia nampak sangat hebat! Hebat pada aku adalah word yang mampu gantikan semua sifat yang positif kat dalam dunia ni. Hebatnya dia dapat pimpin negara. Hebatnya dia dapat kalahkan si itu ini. Hebatnya dia dapat award itu. Hebatnya dia ada hartanah sana sini. Hebatnya dia itu dan ini. Nampakkan sekarang betapa 'hebatnya' word hebat tu sendiri!

But still, kita sebagai manusia kena selalu ingat apa yang kita lalui tak sama dengan orang lain lalui. Jalan hidup kita berbeza beza. Allah tetapkan setiap orang punya jalan cerita yang tak sama. Jadi...

tak usah sedih kalau kita tak mampu jadi se'hebat' mereka
tak usah sedih kalau kita tak mampu punya harta benda se'hebat' mereka
tak usah sedih kalau kita tak mampu memimpin se'hebat' mereka

kerana Allah aturkan kita dengan perjalanan yang lebih hebat yang kita tak pernah jangka! Ye, Allah knows best! HE will give us the best...syukur itu kunci bahagia sebuah kehidupan =). Just my two cents!



Friday, 2 August 2013

1000 bulan =)


Salam Ramadhan,

Kita sekarang dah masuk minggu minggu terakhir sebelum berakhirnya ramadhan. Entah tahun depan masih punya kesempatan lagi menyambut ramadhan, harap harap..insyaAllah..=)

Sepuluh malam terakhir ni, apa yang paling best sekali adalah malam lailatul qadar. Ye, malam yang dijanjikan ibadat kita sekiranya dapat malam lailatul qadar, ibadat itu bersamaan dengan seribu bulan. MasyaAllah...bestnya kan...=)

Sama sama la kita banyakkan ibadat kita seperti banyakkan membaca al-quran,banyakkan zikir, solat sunat.. insyaAllah kalau diizinkan Allah kita sama sama dikurniakan keberkatan malam lailatul qadar..aminn..

(ingatan untuk diri sendiri (=...)