Tuesday, 13 May 2014

#9 Apa lagi yang aku mahu?






Aku terdiam,
Bila aku mengerti akan hal yang satu ini,
Aku faham,
Akan hidup yang kadang bukan memihak aku,
Aku bertambah faham,
Bila aku terpaksa terima sesuatu yang aku tak pernah minta,
Bertambah tambah faham aku,
Bila aku sedar yang aku tak mampu lawan kuasa Yang Satu,
Bila aku sedar yang aku tak mampu tolak dugaan yang datang selalu,
Bila aku sedar yang aku tak mampu pertahan apa yang aku mahu,
Sebab apa?
Sebab aku sedar yang aku hanya menumpang di bumi-Nya hanya sementara waktu,
Sebab aku sedar yang aku hanya hamba-Nya yang berdosa disana sini dan situ,
Aku yang marahkan hidup yang kadang bukan memihak aku, 
Pada siapa marah itu?
Jawab dan tanya pada hati kecil aku,
Bila DIA bagi peluang lebih dari satu,
Bila DIA sentiasa maafkan aku,
Bila DIA selalu sayangkan aku,
Apa lagi yang aku mahu???

-khairunnisa


1 comment: