Saturday, 18 February 2012

matlamat kita sama

Dalam hidup ini kadang-kadang kita terpaksa buat pilihan antara baik dan buruk. Sesuatu yang kita buat mesti kita nak yang terbaik dalam hidup. Biarlah macam mana susah sekali pun tetap kita nak cuba capai apa yang kita impikan. Tapi kena selalu beringat, nak capai yang terbaik bukanlah senang. Apa yang kita nak akan jadi sebaliknya. Kita nakkan A tapi B pulak jadinya.

Matlamat tidak menghalalkan cara. Dah. Semua benda yang kita buat dalam hidup mesti kena selalu beringat akan benda ini. InsyaAllah, kita akan rasa bersyukur dengan apa yang kita dapat.

Pada aku, bila aku nak buat keputusan aku selalu rujuk mak aku. Apa-apa pun dalam keputusan yang aku nak buat, aku mesti tanyakan pada mak. Itu pasti. Bukannya aku tak ada pendapat sendiri ataupun tak boleh nak berfikir tapi aku rasa mak lebih tahu apa yang aku nak, apa yang baik untuk aku, matlamat aku. Mustahilah kalau aku cakap takda percanggahan antara pendapat kami. Memang ada. Itu pasti. Tapi semua itu hilang bila aku berfikir balik apa kebaikan yang aku akan dapat. Dan...kebaikan itu memang datang pada aku.


Masa muda sebenarnya akan buat kita berfikir banyak perkara. Perkara positif dan negatif. Kita yang muda ini akan ada rasa nak cuba segala benda yang baru dalam dunia ini. Yelah, rasanya masa muda ini hanya sekali. Tapi kita sebenarnya tak sedar akan matlamat kita. Matlamat kita yang samar! Sebab itulah kita yang muda ini bila nak buat keputusan mesti rujuk orang yang lebih berusia dari kita. Paling tepat sekali ibu bapa kita. Memang penting benda ini untuk elakkan dari buat kesilapan di masa muda ini. Masa muda inilah jangan buat banyak kesilapan, masa muda ini jugak kena buat yang terbaik dalam hidup kerana muda hanya sekali. Matlamat yang pasti mesti mencari keredhaanNYA =)


p/s: pasal jodoh mesti cari yang punya matlamat yang sama. Biar berbeza cara tapi matlamat kita tetap sama!

No comments:

Post a Comment