Wednesday, 11 April 2012

2.30 nak...

Tak kenal maka tak cinta. Semua orang pun aku rasa familiar dengan pepatah ni kan. Benda yang kita tak pernah kenal, kita tak sepatutnya cakap kita kenal dan tahu. Hmmm...tapi banyak dari kita yang lebih suka buat-buat tahu pada benda yang kita tak pernah kenal pun. So, apa kata kita cuba kenal dengan sesuatu yang kita tak pernah kenal.

Melaka. Semua orang pun kenal negeri melaka kan. Dekat blog-blog sekarang ni pun kita boleh tahu banyak cerita pasal melaka. Jalan-jalan kat melaka.tempat sejarah. tangkap gambar. makan-makan. Semua best! Ye, melaka memang best. Bukan tempatnya saja tapi orangnya juga =)

Kalau kita makan kat kedai makan di melaka ni, apa yang paling aku suka tentang orang melaka ni..bila nak bayar makanan, mesti mak cik@pak cik@abang@kakak kedai makan (walaupun diorang tu dalam usia 30an,40an) akan cakap :

3 ringgit nak..
5 ringgit je nak...
3 seringgit nak...

perkataan 'nak' tu memang selalu keluar bila nak bayar makanan. Nak tu asal dari perkataan anak sebenarnya. Bila dengar perkataan 'nak' tu rasa seronok jer nak bayar. Walaupun dalam hati rasa 'mahalnya harini punya makanan, semalam aku beli murah 30 sen'...tapi makanan sebenarnya murah kat melaka ni. Kena pandai cari tempat. So far memang murah kat mana-mana pun aku rasa. Almost 2 years aku kat sini and i know melaka and melakarian well. Tunggu habis tahun ni, bolehla jadi know melakarian very well...hehehe.

Sebelum ni kalau kita dengar orang cakap kat melaka orangnya cakap kasar sikit. Tapi cuba kita datang sini, tinggal kat sini, barulah kita boleh tahu benda yang sebenar.Aku rasa kalau kat tempat lain susah rasanya nak dengar tuan kedai cakap 'nak' masa pelanggan bayar makanan. Ke takde langsung.

Dari utara aku datang, rupanya kat melaka pun banyak makanan yang murah-murah. Pernah aku dapat harga makanan RM 2.30. Nasi putih, sayur kacang dan ikan kembung goreng!

                                                                    

Friday, 6 April 2012

aduhai ibu jari

masa aku naik gunung datuk dulu, satu benda yang bagi effect pada badan aku ialah sakit kaki! Sampai sekarang sakit tu masih tak hilang. Darah beku penuh dalam kuku ibu jari aku. Sakit! Lebih sakit bila aku nak duduk tahiyat dalam solat. Allah jer yang tahu. Ibu jari memang tak boleh dah nak lipat. Sekali lagi memang sakit!

apa yang aku tengah fikir sekarang macam manala nak hilangkan rasa sakit ni. Nak pergi doktor, doktor cabutkan kuku @ tunggu biarkan dia tercabut sendiri??..my classmate cakap jangan pergi doktor untuk cabut kuku nanti kuku tak boleh tumbuh dah...argghhh..tak maula macam tu..kuku tu satu anugerah tau. Takde kuku, tak cantikla jari.. =(...hopefully cepatla aku sembuh dari sakit ni walaupun tak tercabut kuku ni. 2 minggu lagi nak naik gunung lagi..masuk gunung ni dah kali kedua aku naik gunung..aku memang tak boleh lepaskan peluang ni!

Monday, 2 April 2012

skasstory

dah lama tak update blog skasstory ni..been busy lately..sangat-sangat. Dengan presentation dan segala assignments yang menimbun..dalam minggu ini, insyaAllah boleh update cerita baru..=)..harap2la..

Wednesday, 21 March 2012

just a sweet entry

                                              a beautiful view from the top of Gunung Datuk...subhanallah!

if i'm not mistaken, this picture was taken last year around september. Sangat seronok naik gunung! seriously speaking =)



                                                   let's play a guessing game...cari mana saya???


Wednesday, 14 March 2012

ilmu banyak, kongsi banyak


Sekadar pandangan peribadi dan peringatan untuk diri sendiri…


Ilmu kita dengan orang lain tak sama. Setiap orang ada level ilmu masing-masing. Makin tinggi belajar, makin rendah diri kita harus jadi. Ye, itu selalu orang nasihatkan pada kita. Ilmu tinggi mana pun kalau tak ada nilai dalam diri, tetap jadi orang yang tak berilmu.

Ramai  orang yang pandai, tapi susah sangat nak jumpa orang yang rendah diri dengan kehebatan diri. Semua berlumba-lumba tunjukkan kehebatan diri. Memang dunia sekarang kena bersaing sebab dunia hanya nakkan kehebatan manusia. Kalau tak menang, kita akan kalah! Kalau hebat macam mana pun tapi  bangga diri tetap tak boleh jadi orang yang hebat.

Kita kadang-kadang bila dah banyak ilmu yang kita tahu, kita susah nak kongsi dengan orang kan. Kita takut sangat orang lebih pandai dari kita. Kita takut jadi bodoh. Siapa yang nak jadi bodoh? Takda!

Sebenarnya dalam diri kita, kita ni bodoh. Bak kata orang celup satu jari di laut dan angkat semula. Tengoklah satu titis air itulah ilmu kita. Betapa sikitnya.  Banyak lagi ilmu yang kita belum cari. Perjalanan mencari ilmu adalah perjalanan menemukan kebodohan dalam diri sendiri. Tanya pada diri kenapa harus sombong lagi?

Banyak kita belajar, makin banyak kita tak tahu lagi rupanya. Bila belajar tinggi-tinggi, ilmu banyak, merendah diri tu benda paling manis sekali perlu ada dalam diri kita. Belajar untuk kongsi ilmu semampu mungkin.  




Saturday, 3 March 2012

Isnin

isnin depan akan bermula semester baru. Jadi, lepas ni susah sikitlah nak post entri baru. Apa yang aku harapkan semester baru ni lebih baik dari yang dulu. InsyaAllah =)

Thursday, 1 March 2012

nasi lemak.budak sekolah.orang tua

semalam, sarapan pagi makan nasi lemak. Dekat je kedai jual nasi lemak dengan rumah aku. Aku pergi dalam pukul 7.15 kalau tak silap. Nasi lemak yang aku nak beli ni memang sedap. Kena pergi awal sikit, kalau lambat memang dah habis nasi lemak tu.Tuan yang buat nasi lemak tu buat sikit je nasi, dia letak dekat kedai makan. Bukanla kedai pun tapi macam gerai kecik. Kalau tak silap dalam 20-30 bungkus nasi yang dia buat. Bungkus comel-comel, 60 sen harganya. Harga murah tapi biasa..bungkusan sebesar 30 sen yang dulu.

Masa aku sampai tu, ada seorang budak sekolah datang beli nasi lemak. Masa tu jugak memang ramai orang, kiranya aku dengan budak sekolah tu tunggu giliran nak bayar. Aku tengok budak tu hulurkan tangan dekat mak cik kedai sebab nak bayar. Banyak kali dia hulurkan tangan tapi still tak dapat bayar jugak. Dia budak sekolah rendah rasanya, sebab tangan yang dia hulur tu pun macam nak sampai tak sampai. Badan dia pun kecik je. Masa tu jugak orang datang tak putus-putus, sangatla ramai, pak cik, mak cik, kakak, semuala. Aku yang tunggu awal sikit dari pak cik2 dan mak cik2 yang baru datang ni,berusaha nak hulurkan tangan jugak nak bayar. Tapi tak berbaloi.

Memang tak dapatla..tak kisahla sangat sebabnya aku tak rushing nak pergi mana-mana pun. Yang aku kesiankan budak sekolah tadi tak dapat nak bayar duit. Sebabnya diorang yang datang lambat dari kami tadi, dah dapat bayar dulu. Kesian budak tu, dia dah tentu-tentu rushing nak pergi sekolah, bagila dia bayar dulu. Diorang aku tengok pakaian macam nak pergi kerja, tapi...."first come first served", datang dulu dilayan dulu. Aku tak marah kat mak cik yang jual nasi tu, memang dia tak sempat nak tengok siapa yang datang dulu, dia pun busy bungkus nasi lemak dia buat sendiri. Yang sepatutnya kena lebih faham, diorang yang datang lambat dari kami. Geram. Waktu tu jugak tetiba aku boleh terfikir nak amalkan sistem beratur bayar makanan dekat kedai mak cik tu!

Pernah aku tengok satu rancangan dekat tvalhijrah. Cerita tentang rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w suruh kita memuliakan kanak-kanak. Ada satu ketika, masa baginda dengan sahabat pergi beli minuman. Waktu tu ada seorang budak kat sebelah baginda di sebelah kanan. Baginda nak minum air, tapi baginda muliakan orang disebelah kanan dulu. Walaupun seorang budak, baginda tetap muliakan budak tu dulu berbanding sahabat yang berada di sebelah kiri.



Kita sekarang ni lebih suka nak kecik-kecikkan budak-budak. Bagila orang tua dulu, budak-budak bagi lambat sikit. Apa beza budak-budak dengan orang tua? Sama-sama manusia. Ada perasaan jugak. Nak bezakan umur, ye memang boleh bezakan, tapi selagi budak-budak hidup atas nama manusia,kita tetap kena sayang diorang. Orang selalu cakap, yang tua dihormati, yang muda disayangi. Tapi kita guna satu perkataan saja. Perkataan dibelakang kita tinggalkan.

Macam orang zaman sekarang suka sangat eksploitasikan perkataan. Orang cakap lain, mereka fikir lain. Adil tak? Kita selalu fikir adil, perlu sama rata.Tapi kita tak tahu tu adalah salah. Adil sebenarnya bukan pada pandangan orang, adil bukan kena sama rata, adil tu meletakkan sesuatu di tempat yang betul. Kita jangan selalu cari adil dimata orang, takut sangat orang cakap kita tak adil. Pedulikan semua tu, carilah adil dalam diri kita sendiri, redha dari Ilahi lebih penting dari redha manusia.

Untuk kejadian semalam, diorang memang tak adil pada budak sekolah tu. Letaklah budak sekolah tu pada tempat yang adil. Dia datang dulu patut diberi dulu.