a beautiful view from the top of Gunung Datuk...subhanallah!
if i'm not mistaken, this picture was taken last year around september. Sangat seronok naik gunung! seriously speaking =)
let's play a guessing game...cari mana saya???
Wednesday, 21 March 2012
Wednesday, 14 March 2012
ilmu banyak, kongsi banyak
Sekadar pandangan peribadi dan peringatan untuk diri
sendiri…
Ilmu kita dengan orang lain tak sama. Setiap orang ada level
ilmu masing-masing. Makin tinggi belajar, makin rendah diri kita harus jadi.
Ye, itu selalu orang nasihatkan pada kita. Ilmu tinggi mana pun kalau tak ada
nilai dalam diri, tetap jadi orang yang tak berilmu.
Ramai orang yang
pandai, tapi susah sangat nak jumpa orang yang rendah diri dengan kehebatan
diri. Semua berlumba-lumba tunjukkan kehebatan diri. Memang dunia sekarang kena
bersaing sebab dunia hanya nakkan kehebatan manusia. Kalau tak menang, kita
akan kalah! Kalau hebat macam mana pun tapi
bangga diri tetap tak boleh jadi orang yang hebat.
Kita kadang-kadang bila dah banyak ilmu yang kita tahu, kita
susah nak kongsi dengan orang kan. Kita takut sangat orang lebih pandai dari
kita. Kita takut jadi bodoh. Siapa yang nak jadi bodoh? Takda!
Sebenarnya dalam diri kita, kita ni bodoh. Bak kata orang
celup satu jari di laut dan angkat semula. Tengoklah satu titis air itulah ilmu
kita. Betapa sikitnya. Banyak lagi ilmu
yang kita belum cari. Perjalanan mencari ilmu adalah perjalanan menemukan
kebodohan dalam diri sendiri. Tanya pada diri kenapa harus sombong lagi?
Banyak kita belajar, makin banyak kita tak tahu lagi
rupanya. Bila belajar tinggi-tinggi, ilmu banyak, merendah diri tu benda paling
manis sekali perlu ada dalam diri kita. Belajar untuk kongsi ilmu semampu
mungkin.
Saturday, 3 March 2012
Isnin
isnin depan akan bermula semester baru. Jadi, lepas ni susah sikitlah nak post entri baru. Apa yang aku harapkan semester baru ni lebih baik dari yang dulu. InsyaAllah =)
Thursday, 1 March 2012
nasi lemak.budak sekolah.orang tua
semalam, sarapan pagi makan nasi lemak. Dekat je kedai jual nasi lemak dengan rumah aku. Aku pergi dalam pukul 7.15 kalau tak silap. Nasi lemak yang aku nak beli ni memang sedap. Kena pergi awal sikit, kalau lambat memang dah habis nasi lemak tu.Tuan yang buat nasi lemak tu buat sikit je nasi, dia letak dekat kedai makan. Bukanla kedai pun tapi macam gerai kecik. Kalau tak silap dalam 20-30 bungkus nasi yang dia buat. Bungkus comel-comel, 60 sen harganya. Harga murah tapi biasa..bungkusan sebesar 30 sen yang dulu.
Masa aku sampai tu, ada seorang budak sekolah datang beli nasi lemak. Masa tu jugak memang ramai orang, kiranya aku dengan budak sekolah tu tunggu giliran nak bayar. Aku tengok budak tu hulurkan tangan dekat mak cik kedai sebab nak bayar. Banyak kali dia hulurkan tangan tapi still tak dapat bayar jugak. Dia budak sekolah rendah rasanya, sebab tangan yang dia hulur tu pun macam nak sampai tak sampai. Badan dia pun kecik je. Masa tu jugak orang datang tak putus-putus, sangatla ramai, pak cik, mak cik, kakak, semuala. Aku yang tunggu awal sikit dari pak cik2 dan mak cik2 yang baru datang ni,berusaha nak hulurkan tangan jugak nak bayar. Tapi tak berbaloi.
Memang tak dapatla..tak kisahla sangat sebabnya aku tak rushing nak pergi mana-mana pun. Yang aku kesiankan budak sekolah tadi tak dapat nak bayar duit. Sebabnya diorang yang datang lambat dari kami tadi, dah dapat bayar dulu. Kesian budak tu, dia dah tentu-tentu rushing nak pergi sekolah, bagila dia bayar dulu. Diorang aku tengok pakaian macam nak pergi kerja, tapi...."first come first served", datang dulu dilayan dulu. Aku tak marah kat mak cik yang jual nasi tu, memang dia tak sempat nak tengok siapa yang datang dulu, dia pun busy bungkus nasi lemak dia buat sendiri. Yang sepatutnya kena lebih faham, diorang yang datang lambat dari kami. Geram. Waktu tu jugak tetiba aku boleh terfikir nak amalkan sistem beratur bayar makanan dekat kedai mak cik tu!
Pernah aku tengok satu rancangan dekat tvalhijrah. Cerita tentang rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w suruh kita memuliakan kanak-kanak. Ada satu ketika, masa baginda dengan sahabat pergi beli minuman. Waktu tu ada seorang budak kat sebelah baginda di sebelah kanan. Baginda nak minum air, tapi baginda muliakan orang disebelah kanan dulu. Walaupun seorang budak, baginda tetap muliakan budak tu dulu berbanding sahabat yang berada di sebelah kiri.
Kita sekarang ni lebih suka nak kecik-kecikkan budak-budak. Bagila orang tua dulu, budak-budak bagi lambat sikit. Apa beza budak-budak dengan orang tua? Sama-sama manusia. Ada perasaan jugak. Nak bezakan umur, ye memang boleh bezakan, tapi selagi budak-budak hidup atas nama manusia,kita tetap kena sayang diorang. Orang selalu cakap, yang tua dihormati, yang muda disayangi. Tapi kita guna satu perkataan saja. Perkataan dibelakang kita tinggalkan.
Macam orang zaman sekarang suka sangat eksploitasikan perkataan. Orang cakap lain, mereka fikir lain. Adil tak? Kita selalu fikir adil, perlu sama rata.Tapi kita tak tahu tu adalah salah. Adil sebenarnya bukan pada pandangan orang, adil bukan kena sama rata, adil tu meletakkan sesuatu di tempat yang betul. Kita jangan selalu cari adil dimata orang, takut sangat orang cakap kita tak adil. Pedulikan semua tu, carilah adil dalam diri kita sendiri, redha dari Ilahi lebih penting dari redha manusia.
Untuk kejadian semalam, diorang memang tak adil pada budak sekolah tu. Letaklah budak sekolah tu pada tempat yang adil. Dia datang dulu patut diberi dulu.

Wednesday, 29 February 2012
jom keliling rumah
seronok keliling rumah tengok tumbuh-tumbuhan yang cantik ni. Rumah saya ada lebih 50 pasu bermacam-macam jenis pokok. Kesemuanya mak saya yang tanam. Bunga kat atas tu ada yang dalam pasu, ada yang tidak. Best sebenarnya dapat tengok bunga,pokok,tumbuh-tumbuhan. Selalu kena siram dan sekali-sekala boleh bercakap dengan diorang...huhu..insyaAllah pokok-pokok ni semua boleh doakan kita.
Monday, 27 February 2012
you're not alone anymore
sometimes people really enjoy being alone. huh. i like being alone too. I don't think it's a problem to enjoy being alone. When i'm alone i can do as i want and it affects no one. I feel free. Being alone doesn't mean you don't have any friends. For me, it's very important to have many friends. But, privacy pun penting untuk kita kan. Not all the time, kita bersendirian. Hanya kena bahagi masa enjoying time to yourself and a time for making friends and socialize with them.
So, when i'm alone i like listening to music. Music can be a great friend. Tambah-tambah lagi bila dengar love song..huhu..takpun friendship song like 'teman sejati' by brothers. I love the song! Sambil dengar music bolehla nyanyi sekali..
Then, i like to learn something new when i'm alone. Macam cari benda yang boleh dibaca ke, takpun i'll search for some good movies to watch.
Other than that, I go outside alone. Takda orang teman pun takpa, i'll be fine walking alone. Kadang-kadang kita perlu masa untuk bersendirian. Forget the people for a while, just enjoy what life has to offer. It's a big world out there, just discover all my dear! hehe...

Saturday, 25 February 2012
rahsia wuduk
sejak bercuti semester ni, banyak jugak masa aku habiskan dengan tengok tv. Bila dah takda cerita kat tv yang best aku baca buku favourite. Dah habis baca satu buku dah. Sekarang ni tengah cari masa-masa free nak habiskan satu lagi buku. Banyak masa free sebenarnya tapi tulah aku ni suka habiskan masa tengok tv. hehe. Minat.
Tengok tv ni memang bazir masa. Tambah-tambah lagi bila tengok drama-drama yang banyak episod tu. Tapi dalam habis masa pun, ada jugak benda yang baik bila kita tengok tv ni. Syaratnya mestilah kena tengok benda yang berfaedah. Ada input yang penting yang kita mungkin tak tahu termasuklah aku. Tapi bila tengok rancangan pasal keagamaan ni baru tahu yang :
bila kita ambil wuduk, ada rahsia tersirat yang boleh kita niatkan pada Allah:
1. Basuh muka
Ya Allah putihkanlah wajahku seperti mana Kau putihkan wajah alim ulama' dan janganlah Kau gelapkan wajahku seperti wajah orang yang sesat.
2. Basuh tangan di sebelah kanan
Ya Allah, moga aku terima buku amalanku di sebelah tangan kananku
3. Basuh tangan di sebelah kiri
Ya Allah, janganlah aku terima buku amalanku di sebelah tangan kiriku
4. Kepala
Ya Allah moga aku mendapat arasyh dariMu
5.Kaki
Ya Allah, benarkan kakiku agar boleh melintasi titian silaturmustaqim. Amin.
google
Niat ni elok kita amalkan masa kita ambil wuduk. InsyaAllah.

Subscribe to:
Posts (Atom)