Friday, 2 August 2013
1000 bulan =)
Salam Ramadhan,
Kita sekarang dah masuk minggu minggu terakhir sebelum berakhirnya ramadhan. Entah tahun depan masih punya kesempatan lagi menyambut ramadhan, harap harap..insyaAllah..=)
Sepuluh malam terakhir ni, apa yang paling best sekali adalah malam lailatul qadar. Ye, malam yang dijanjikan ibadat kita sekiranya dapat malam lailatul qadar, ibadat itu bersamaan dengan seribu bulan. MasyaAllah...bestnya kan...=)
Sama sama la kita banyakkan ibadat kita seperti banyakkan membaca al-quran,banyakkan zikir, solat sunat.. insyaAllah kalau diizinkan Allah kita sama sama dikurniakan keberkatan malam lailatul qadar..aminn..
(ingatan untuk diri sendiri (=...)
Sunday, 28 July 2013
Terima Kasih Allah : Kurniakan mereka
Salam Ramadhan,
kadang kadang bila datang beban yang tak mampu ditanggung, Allah hantarkan mereka untuk membantu. Mereka yang bernama sahabat/kawan/member! =)
kadang kadang bila datang beban yang tak mampu ditanggung, Allah hantarkan mereka untuk membantu. Mereka yang bernama sahabat/kawan/member! =)
Wednesday, 17 July 2013
mood : i heart melaka
Salam Ramadhan,
Baru je beberapa hari aku tinggalkan melaka, aku dah rindu sangat sangat! Ye, melaka dah kira macam rumah no.2 aku. Banyak kenangan kat sana. InsyaAllah kalau aku ada rezeki lagi, aku akan pergi sana. Amin..
So, sepanjang aku kat melaka, ada la..hurmm bukan ada la tapi memang banyak gambar aku ambik. Untuk tatapan aku dimasa depan, heheheh...mestila ambik banyak gambar kan, nanti boleh la aku tengok balik and boleh cerita dengan anak2, cucu2, anak2 buah pasal melaka...yang dibawah ni gambar paling aku suka sebab masa ni aku baru sampai melaka, tahun 2010,..semua moments ni very sentimental value!
| pic ni yang paling cool kut..hihi, ntah org putih tu fikir ape la kan..hehe |
| dari atas a famosa |
| ni mak n abah kite =) |
masa jalan jalan ni, aku tak berapa sihat. Melaka serius sangat panas, but i managed to survive wearing sweater in hot weather! Hahah, like seriously...masa berjalan banyak n banyak sangat mata mata yang pandang aku pelik. Yela, tengah tengah panas pakai sweater, ade problem ea? hehe..
Aku demam and memang masa ni nak sangat badan aku berpeluh cepat, sebab esoknya dah kena daftar, so aku nak sihat before masuk kelas. Mungkin aku demam sebab nak kena tinggal and sedih sebab jauh dari family kut...huhu. Hurmm, everything went well. Esoknya memang aku baik demam!
p/s : dear melaka,
hope to see u again! InsyaAllah =)
Jom menjala roti =)
Salam Ramadhan,
Sempena bulan puasa ni, aku tengah free and happy duduk rumah, sangatla harus untuk masuk ke dapur. Hehe, bukan harus dah..dah memang wajib bagi aku seorang perempuan yang akan berusia 24 tahun on this coming december. What!! December..yeah, my birthday is on december. Huhu. Memang la lambat lagi, but still bila u lahir tahun 1989, automatically u akan jadi 24! hehe tak kira awal tahun ke hujung tahun, umur kita still sama kan kan kan. *sobs*
Ok ok petang semalam, aku telah berjaya masak roti jala. Ye, roti jala yang kita boleh design sesuka hati. Kiranya boleh menjala sesuka hati. Pusing 360 darjah ikut suka hati. Nak bulat yang besar ke kecik ikut suka hati. Best kan bila buat benda ikut suka hati. Only roti jala can make you feel such feeling, hehe. Yes! You should try it at home! =p
![]() | ||||
| homemade : roti jala...=) |
lepas berbuka, my family sangat puas hati with my roti jala. Diorang cakap sedap. Hehe...super happy! Harusla happy bila masakan dipuji! kan kan kan =)
Tuesday, 16 July 2013
Dear girlfriends, Salam Ramadhan
Salam Ramadhan,
hiiiiiii blog kesayangan aku!!! i miss u so so so much! Seriously, dah lama sangat aku tak update blog, huhu. Sedih okay. Bukan malas atau taknak update tapi kekangan masa yang buatkan aku tak ter-update blog skas. Ok ok..disebabkan dah lama tak update blog, aku pun dah semakin hilang idea dah..haha. Nak update ape? Aku pun taktahu. Heheh, tapi hati nak update. So, untuk entri ini, aku mulakan dengan gambar la dulu ea..
![]() |
| with the happy girls of 8F=) |
![]() |
| dear girlfriends, thanks for loving me! huhu |
gambar ni semua dari farewell party with my mentor, Puan Siti Fatimah. She's a lovely lecturer, mom and mentor for us. Sangat caring and loving.Sayaaaaaang semua!!!
Saturday, 15 June 2013
Kenapa Dia Yang Aku Cinta
Soal hati sangat susah nak mengerti kan??? Kadang kita selalu tanya pada diri kita, tanya pada hati kita, apa yang kita nak??? Banyak benda yang kita fikirkan, sampai kita sendiri takde jawapannya. Mungkin bukan masanya lagi. Ye, bukan masanya lagi. Sebab kita memang yakin Tuhan akan berikan sesuatu yang baik itu pada masa yang sesuai dan di tempat yang betul.
Hurmmm, walaupun ada cinta yang datang, tapi hati kita masih menolak. Sebab apa? Mungkin bukan masanya. Ye, bukan masanya lagi. kita tanya lagi pada hati kita. Bila lagi? Hati kita jawab " takpe, sekejap je lagi "..sebab, kita masih tak mampu nampak jalan yang ada kalau kita terima cinta yang datang. Mungkin belum bersedia. Ye, belum sedia lagi.
Bila dia datang, satu perasan yang susah nak digambarkan. Ye, susah! Mungkin cinta ini, cinta yang kita tunggu.. =). Dalam banyak cinta yang datang, kenapa cintanya yang kita nak?Takde jawapan untuk soalan itu. Apa yang kita boleh katakan, hati kecil kita tak boleh menipu tentang cinta ini.
P/S : i love u
Sunday, 5 May 2013
pilihlah yang terbaik
Asslamualaikum.....
dah pukul 12:15 malam dah sekarang ni. Minggu ni macam biasa, aku balik rumah untuk menunaikan tanggungjawab as a Malaysian. Yeah, tomorrow is a general election day. So any Malaysian citizens above 21 years old are eligible to vote on general election day. So, apa kau tunggu lagi, esok jom pergi mengundi ye!!!
To tell you my skasblog, this is my first time voting la. Me, very excited and dah decide kut ape i should wear for the special day. Haha, crazy kan! Oh, i know that we shouldn't wear baju yang melambangkan mana mana parti. So, i think i'll go for black! Yes, black...hehe...hitam warna selamat what!
![]() |
| vintage n vote can be together =p.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)











